Monday

Penantian ♥ Cinta

Aku umpama awan
Yang kau perlu ketika panas
Aku umpama bayang bayang
Yang tidak diendahkan

Dan
Cinta ini hanya untukmu
Yang cuba untuk membuat engkau bahagia
Bagai berada di kayangan abadi

Tetapi
Segalanya sia sia
Kerana pandangan hati dan matamu
Bukanlah untuk diriku
Kerana biasnya hanya untuk mereka yang lain

Penat
Untuk terus menanti cintamu
Penat
Untuk terus menunggu pandangmu
Yang ada
Cuma harapan dan kesabaran

Maaf
Jika cinta yang diberikan
Cuba menyelit dalam jiwamu
Yang telah terkunci selama selamanya

Maaf
Jika cinta ini
Tidak dapat membuka pintu hatimu
Yang telah tertutup rapat untukku

Maafkan diri ini
Andai egoku tidak memahami hatimu

Maafkan cinta ini
Andai cinta ku tak memadai cintamu

Maafkan hati ini
Sering tersalah tafsir erti cinta mu

Cintaku ini telah penat,
Untuk terus menanti,
Cintamu yang tidak pasti,

Maaf,
Jika aku tidak seteguh yang kau bayangkan,
Kerana
Sebuah penantian amat menyeksakan ♥♥


Apa bila sebuah percintaan bermula dengan begitu indah
Maka pengakhirannya adalah penderitaan


 * Bila hati mula pasrah, Segalanya mungkin akan terjadi *