Friday

Hati yang Tak Pasti.

***** sila play video dibawah  ***** 
bila nama pun manusia pasti ada masa dia akan sedih dan gembira. setiap orang pasti berhak untuk menerima kesedihan tapi tak berhak untuk merasai kegembiraan. kegembiraan tak pernah wujud kerana kesedihan selalu mengambil tempat dan menjadi punca kepada musnahnya gembira. apa yang pasti sedih dan gembira hanya ada dalam hati dan ia tunas kepada perasaan.
                 kata Imam Ghazali : " carilah hatimu sewaktu membaca ALQURAN,  Jika kau tidak temui, cari 
                 hatimu ketika mengerjakan solat, dan jika masih tidak temui, cari lah hatimu ketika duduk
                 bertafakur..."

hati manusia unik, bkan itu sahaja, ia pernuh dengan pelbagai rahsia serta keajaiban yang manusia sendiri tidak mmpu merungkaikan setiap keajaiban tersebut...setiap yang ada dan terjadi pasti ada hikmah nya, bgitu juga Quran, bahawa hatinya terletak pada surah Yassin. jika hati dapat dijaga, dengan sebaik mungkin nescaya akan terpantul nur dari muka mereka..kadang2 hati ni baik serta sehat, termasuk la happy, tapi kadang-kadang ia mengundang keresahan ,gelisah, namun pasti ada jalan untuk kita pastikan hati kita penuh dengan harapan yang membolehkan ia sentiasa sehat, orang kata kalau selalu membaca ia menguatkan lg hati seseorang itu...
dari hati :
1. selalunya dari hati muncul pelbagai kata2 hati, tapi kebanyakkannya benda tak elok, bila benda ni muncul perkara pertama yang harus kita elak ialah jauhkan diri apa yang kita lihat atau sebagainya.
2. bila cinta, selalu datangnya cemburu, herm. cemburu ni adalah mainan syaitan, apa yang boleh dilakukan banyakkan berselawat serta berfikiran positif.
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.



Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.



Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu
difahami. 

Semestinya seorang remaja 
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.



Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?



Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.



Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.



Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.



Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.



Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.



Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.



Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.



Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.



Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.



Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.



Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?

Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?



Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.



Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.



Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.



Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari tuhan


                          secara tulusnya

xoxo
segalanya indah datang dari hati :) iaitu diri sndiri
Haziq Ashri