Saturday

Menghargai :)

Ketika menaip ini, Awak bukan lagi milik sy sepenuhnya T_T
_____________________________________________

  Baru-baru ni semua orang sedang asyik bercinta, terus bercinta dan memikirkan cinta
sampai kengkawan yang sentiasa ada ketika susah senang ketawa menangis kita terus dilupakan.
sampai satu masa kita lupa siapa, apa dan mengapa bagaimana perlu kita menghargai mereka.
Menghargai orang bukan sape dia yang kita kenal tapi dia yang mengenali kita dari kepala sampai ke hujung kaki
kita perlu belajar tok menghargai orang , ORANG, mereka yang berada disekililing kita.
sebagai contoh sy sndiri jek la..
pelajar Tingkatan Enam Kelas Sastera 1 sekolah menengah VICTORIA yang megah,
pada mata kasar semua orang akan ckp sy perlu hargai kawan, kawan, kawan dannn cikgu . kan. ? tapi secara dalam nya, sy perlu hargai jgak tukang sapu dan pencuci tandas dekat skolah tuh tanpa mereka skolah pasti akan kotor dan bersepah, bdak bdak yang meramaikan skolah :) , kanak2 riang yang sentiasa merebut makanan di kantin . dan semua pekerja di sekolah...

Tapiiii.....
   persoalannya mcm mana sy nak hargai orang disekeliling sy ni...mungkin setiap orang ada cara untuk menghargai mereka mereka ini..tapi bagi sy setiap orang perlu kan cara tertentu tok menghargai seseorang :D
salah satu :

orang yang sentiasa memberi. 
.::. sy selalu menerima pertolongan orang lain. Tanda disedari ianya sy tidak pernah berterima kasih.
saya perlu mempertingkatkan ucapan terima kasih. terima kasih mempunyai bnyk kuasa, salah satunya kuasa membuat orang senyum. pernah ke bila kita ckp terima kasih, orang yang ckp "sama-sama" tersenyum . lagi2 orang yang banyk tolong kita.
saya sentiasa untuk mengubah diri saya untuk sentiasa mengucapkan kata2 terima kasih . . .
  • Terima Kasih awak kerana menjadi rakan saya
  • Terima Kasih kerana menyintai saya
  • Terima Kasih sudi menerima saya
  • Terima Kasih menjadi teman saya
  • Terima Kasih awak pergi dari hidup sy
  • Terima Kasih cikgu kerana mengajar saya

orang yang sentiasa memberi.
.::. herm sy jarang memberi, jika korang selalu memberi, korang jgn la mengharap balasan. bila korang memberi, beri la dengan ikhlas. contohnya korang bersedekah dengan niat korang lakukan untuk Allah, agar dengan benda yang korang memberi dapat membantu orang tersebut kurang beban nya....sempena bulan yang penuh barakah ini kita perlulah banyak bersedekah serta membantu satu sama lain...
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

Mereka Sahabat/Teman Dunia dan Akhirat

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

 Dalam Islam sendiri mensyariatkan kita untuk mencari sahabat yang boleh membawa kita ke jalan yang lurus terus ke landasan yang diredhai, tapi hari ni orang menggunakan tiket sahabat hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikir panjang sahabat adalah segala-galanya selepas keluarga
Renungkan lah wahai sahabat :)


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.


-dengan tulus ikhlas-
Haziq Ashri
__________________________________________
Lirik lagu ni buat aku terasa seperti dipanah sesuastu di dalam hati :( mungkin kisah lama dan ia terus membuat aku terdiam apabila terdengar lagu ini T_T melihat kembali sejarah yang telah aku sndiri cipta, dan ia hancur kerana DIA tiada keikhlasan :(