Sunday

keindahan sebuah kesepian

bila bersama,
sepi itu terus berlalu,
bila bersama,
rindu itu lebih dari sepi,

Bila bersama,
Hanya ada cinta,
Cinta yang teragung,
Memahami, menyayangi satu sama lain,

TAPI....

Bila engkau pergi melangkah,
Sepi itu adalah segala - galanya.
Bagai teman,
Teman untuk teruskan sebuah
Kehidupan.

Tiada lagi rindu,
Hanya sepi,
Menjadi peneman sejati.

Kerana sepi,
Air mata mengalir,
Tanpa henti,

Kerana sepi,
Hati terus berhenti,
Menyintai yang sudi.

Kerana sepi,
Hati yang tenang,
terus berantakan,

TAPI,

Kerana sepi,
Satu perhubungan baru akan wujud,
Yang sering dilupakan,
Hubungan kita dengan pencipta.

Kerana sepi,
Waktu yang dulu jadi kenangan,
Merawat duka,

Kerana sepi,
Waktu yang dulu jadi pengajaran,
Untuk menyintai yang lebih setia.

DAN

Kerana sepi,
Hati akan lebih memahami,
Kehendak diri .

p/s : awak, sy tak tau apa status kita, sy yakin satu hari nanti, kalau kita dijodohkan bersama, saya janji akan bersama awak.

Allah itu sentiasa menduga hamba nya tak kira dimana pun