Thursday

Surat Untuk Mu ♥

Malam ini sekali lagi aku,
menghadapmu.
Terasa kerdil diri ini di sisi mu.
Tatkala yang lain berasa Agung
Di atas muka bumi Mu.

Tersungkur ku,
Di hadapan mu
Memohon,
Kasih,
Sayang,
Perhatian.
Tetapi
Segalanya telah Engkau ketahui.

Ku menghadap,
Dengan ketulusan hati,
Dengan waktu yang ada,
Berusaha untuk tampak teguh,
Menghadapi badai yang terus melanda,
Berusaha untuk tampak tegak,
Menepis semua duka di hati.

Allah,
Engkau lah segalanya,
Nafasku,
Hatiku,
Fikiran ku,
Adalah milikMu.
Membuncah rasa rindu ini terhadap Mu.

Resah hati ini.
Gelisah hati ini.
Kerana
Takut
Tidak mampu untuk menunaikan
Setiap janji yang diukir.
Tidak mampu menahan
Nafsu dunia.

Ya Allah.
Sesungguhnya, hanya pada mu aku berserah.
Bantu la hambamu ini,
Untuk
Terus menyintai mu ya Allah.
Menepis,
Rasa gelisah yang terus membelengu hati.
Buangkanlah,
Rasa ragu, terhadap ke-Esa-an mu,
Berikanlah,
Nur Mu yang menerangi segala kegelapan di hati ku ya Allah.

Bimbing la diriku,
Sebagaimana kau memimpin,
Para Nabi,
Ajarkanlah hamba Mu ini
Mengeja segala Firman Mu,
Agar aku tidak jauh terpesong dari Mu.

Ya Allah.
Izinkan daku,
Terus melangkah ke syurgamu,
Kerana aku takut akan azabmu,
Izinkan ku,
Untuk menyintai dirinya.
Izinkan ku,
Untuk terus menyayangi nya.
.....
tetapi
...
sesungguhnya. cinta padamu adalah cinta teragung
p/s : jgn mgharapkan sy smpurna d'mata kamu..sy insan biasa,dicipta dr unsur yg sma,proses kjadian yg sama..Sesungghnya kesempunaan itu adlh milik Allah..:)